Sunday, May 8, 2011

mula exam

8/5/2011-26/5/2011: tarikh penting dalam takwim sekolah- peperiksaan pertengahn tahun. selamat memjawab soalan dan selamat memeriksa kertas peperiksaan anak murid smkpn. tarikh masuk markah 12jun2011

Thursday, February 24, 2011

Buat Sijil PBS cara mail merge ...

S/U peperiksaan SPM, Puan Hasnah Hashim ajar guru Pendidikan Islam cara nak buat sijil bentuk mail merge. Ada juga lupa step .... dibantu oleh Cikgu Haizulfarid ..... Terima kasih Sifu-sifu semua. Syukur 295 sijil boleh dilaksanakan dalam masa 20 minit sahaja.... Kalau nak belajar mai lah jumpa GPI Ustazah Shartini atau GC Hajah Ramlah. Lagi ajar lagi ingat...

S/U Peperiksaan nampaknya sibuk di padang... sukan permainan

Walaupun S/U dalaman..sibuk di padang training bola jaring.......namun aktiviti di bilik Unit peperiksaan tetap berjalan lancar. Jumaat lawan d matrikulasi..warm-up! panas terik sampai 12.45 tgh..alhamdulillah dpt tmpt k 4 dr 10 buah pasukan..seronok tgk players ambik hadiah dr vip. kembali kerja s/u,

Mai pi Makmal Komputer masukkan markah.....

Semua guru hendaklah bersedia memasukkan markah ke dalam komputer di Makmal Komputer.
Markah itu akan di analisis untuk melihat sejauhmana pencapaian murid setakat bulan Februari.
Tindakan ; guru mata pelajaran

Monday, February 14, 2011

BERMULA UJIAN 1


REALISASIKAN ETR....

Guru-guru...
Bersemangat untuk melihat ujian pertama 2011

Penyedia soalan..
dah ready dengan soalan untuk menguji murid-murid setakat 2 bulan ni...
bimbang ada, rimas ada, seronok pun ada melihat gelagat murid-murid SMKPN..

'orang' di UPP...
apa-apa masalah cuba diatasi secara berhemah,
masih berbaki 2 hari ujian 1,jangan mengaku kalah,
harapan UPP agar semua warga SMKPN tidak serba salah
menyemak jawapan molek2lah..
27 Februari, kita key in markah sama-samalah..

SENTIASALAH MERUJUK PAPAN KENYATAAN UPP:
MAKLUMAT SENTIASA DIKEMASKINIKAN AGAR SEMUA WARGA MENDAPAT MANFAAT YANG DIHARAPKAN.

Thursday, February 10, 2011

KESIBUKAN URUSAN UPP ..... S/U UPP DALAMAN...

Ujian 1 bermula 14 Februari.
Jadual ujian telah diedarkan - kalau masih tak dapat ,  sila ambil di bilik UPP ... cepat-cepatlah...

Guru-guru penyedia soalan, 
            Segeralah menghantar soalan untuk diresokan. Bimbang last minit hantar... reso rosak, terpaksalah   
            guna wang sendiri reso di luar sekolah. 
            Jangan lupa menyediakan JSU dan SKEMA JAWAPAN ..... 
            JSU dan SKEMA JAWAPAN hendaklah hantar ke UPP satu naskah untuk disimpan dalam fail.

Guru-guru mengawas ujian,
           Awasi dengan amanah supaya tidak ada yang meniru.

Guru-guru yang menanda jawapan..
           Pastikan bertanda ... bukan dapat markah cara timbang sukat sahaja.
           Guna skema yang diberikan  untuk menanda jawapan.
           Markah hendaklah dimasukkan ke dalam komputer seperti mana tarikh yang diarahkah oleh UPP.

Jika semuanya berjalan lancar.... mantaplah pengurusan UPP... 
Keputusan boleh dikeluarkan dengan segera.

KERJASAMA AMAT DIALU-ALUKAN